Pada tahun 2021, beberapa organisasi hak wanita* di Malaysia telah mewujudkan mahkamah mereka yang tersendiri: satu Tribunal Wanita untuk Membayangkan Semula Keadilan.
Sepanjang dua hari — 27 dan 28 November 2021 — 26 saksi mengemukakan testimoni peribadi mereka yang menambat perhatian di hadapan panel tiga hakim, tentang diskriminasi dan pencabulan hak mereka yang telah mereka alami. Matlamatnya? Untuk meningkatkan kesedaran, dan mendapatkan keadilan untuk diri mereka sendiri dan setiap wanita di Malaysia.
Seramai 3,850 penonton menonton prosiding tersebut secara langsung melalui Zoom dan Facebook. Klik *di sini*untuk menonton!
Laman web ini mengandungi maklumat mengenai Tribunal Wanita Malaysia yang pertama termasuk testimoni saksi, kenyataan Advokat dan dapatan dan rekomendasi hakim.Pada tahun 2021, beberapa organisasi hak wanita* di Malaysia telah mewujudkan mahkamah mereka yang tersendiri: satu Tribunal Wanita untuk Membayangkan Semula Keadilan.
* Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) yang terdiri daripada 13 organisasi hak wanita serta ENGENDER Consultancy, membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk menguruskan Tribunal Wanita, daripada perancangan kepada pelaksanaannya.
SPEAK AND BE HEARD, Panduan untuk Tribunal Wanita oleh Forum mengenai Wanita, Undang-undang dan Pembangunan Asia Pasifik (APWLD) menjadi panduan kepada kerja Jawatankuasa Pemandu.
Merujuk kepada SPEAK AND BE HEARD, Panduan untuk Tribunal Wanita oleh Forum mengenai Wanita, Undang-Undang dan Pembangunan Asia Pasifik (APWLD), Jawatankuasa Pemandu akan menjadi tuan rumah bagi dua acara dalam talian yang memberi tumpuan kepada keadilan dan sokongan untuk wanita di Malaysia.
Jawatankuasa Pemandu terdiri daripada organisasi JAG:
dengan:
Tribunal wanita adalah tribunal hati nurani yang dibuat oleh dan bagi wanita untuk menarik perhatian kepada isu-isu kritikal yang mempengaruhi wanita.
Tribunal Wanita 2021 akan menyokong penghapusan diskriminasi terhadap wanita untuk mencapai kesamarataan gender dan akses kepada keadilan.
Tujuannya adalah untuk mengumpulkan testimoni dari orang yang terjejas untuk disampaikan kepada panel hakim. Orang terjejas ini, yang terdiri daripada pelbagai wanita, akan berkongsi kisah peribadi mereka berkenaan pelanggaran hak dan diskriminasi. Advokat-advokat kemudian akan menyampaikan pembentangan yang akan memberikan konteks kepada kisah wanita-wanita tersebut dalam rangka kerja perundangan, dasar dan budaya.
Para hakim akan menilai pembentangan dan mengeluarkan dapatan dan rekomendasi berdasarkan obligasi negara dan prinsip-prinsip tidak melakukan diskriminasi dan kesamarataan substantif yang dinyatakan dalam Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komitmen hak asasi manusia antarabangsa yang lain.
Walaupun Tribunal Wanita Malaysia 2021 bukan suatu badan rasmi, dan juga tidak melalui proses kehakiman yang formal, kami percaya bahawa ia akan memiliki kewibawaan moral yang terdiri dari satu panel hakim terkemuka yang pakar dalam hak asasi manusia dan kesamarataan gender.
“Walaupun tribunal-tribunal wanita tidak memiliki kuasa undang-undang untuk menguatkuasa liabiliti jenayah atau liabiliti negara, mereka dapat memberikan bentuk keadilan lain dengan mengakui secara terbuka mudarat yang telah berlaku, mengalihkan tanggungjawab dari mangsa, menggalakkan menceritakan perkara sebenar dan berkongsi pengalaman, dan membuka jalan menuju ke arah pemulihan, penyembuhan, dan transformasi” - APWLD, Speak and Be Heard: Panduan untuk Tribunal Wanita oleh APWLD
Pada tahun 1995, kerajaan Malaysia meratifikasikan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), dan membuat komitmen mengikat untuk menghormati, melindungi dan memenuhi hak semua wanita dan gadis.
Walau bagaimanapun, 26 tahun sudah berlalu dan kita masih belum melihat kemajuan yang signifikan ke arah kesamarataan gender dalam bidang sosial, politik dan ekonomi. Kita juga mempunyai kurang dari 10 tahun untuk mencapai Agenda Pembangunan Lestari 2030. Senang kata, kita sudah kesuntukan masa.
Organisasi hak wanita di Malaysia telah mengenal pasti kekurangan akses kepada keadilan sebagai struktur penghalang yang kritikal dalam mencapai kesamarataan gender.
Prasangka budaya, ketiadaan undang-undang yang sensitif gender dan kesedaran berdasarkan hak yang terhad, semuanya saling bersilang dan menghalang wanita dari mencari dan mendapatkan akses kepada keadilan dalam situasi di mana hak mereka dilanggar. Menafikan keadilan untuk wanita bukan sahaja menafikan kesamarataan, tetapi juga kemanusiaan mereka. Untuk maklumat lebih lanjut, baca Soalan Lazim kami.
Testimoni wanita dan isu-isu mereka adalah berdasarkan tanggungjawab negara Malaysia terhadap perjanjian hak asasi manusia antarabangsa dan komitmen global dan, lebih penting lagi, jurang dalam pelaksanaannya.
Ini termasuk:
"Sekiranya anda datang ke sini untuk menolong saya, anda membuang masa anda, tetapi jika anda datang kerana pembebasan anda adalah terikat dengan pembebasan saya, mari kita bekerjasama."
Lilla Watson, pemimpin Orang Asli, aktivis dan pendidik dari Queensland, Australia
Selama 35 tahun yang lalu, Mary Shanthi Dairiam, penyokong hak asasi manusia dan hak wanita Malaysia, telah terlibat dalam menggalakkan hak wanita untuk kesamarataan dan bukan diskriminasi melalui undang-undang dan langkah-langkah dasar. Fokusnya adalah pada peningkatan kemampuan untuk mengaplikasikan standard hak asasi manusia antarabangsa dalam negara.
Pada tahun 1993, beliau menubuhkan International Women’s Rights Action Watch Asia Pacific, (IWRAW Asia Pacific) sebuah NGO antarabangsa, yang berpusat di Malaysia yang memantau dan memfasilitasi pelaksanaan Konvensyen PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) di seluruh dunia. Kini dia adalah pengarah pengasas IWRAW Asia Pasifik.
Mary Shanthi dilantik sebagai anggota Jawatankuasa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) dari tahun 2005-2008.
Pada tahun 2010 beliau dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk Panel Penyiasatan bagi menyiasat serangan Israel terhadap armada yang membawa barang kemanusiaan ke Gaza.
Mary Shanthi juga pernah berkhidmat sebagai pakar hak wanita dan CEDAW, dan memberikan perkhidmatan teknikal kepada beberapa agensi PBB dan kerajaan di seluruh Asia Pasifik dan Amerika Latin.
Pada tahun 2012, beliau mengetuai Tribunal mengenai "Upah Hidup Minimum dan Keadaan Kerja yang Memuaskan sebagai Hak Asasi Manusia" yang merujuk kepada industri pakaian di Sri Lanka. Beliau telah menjadi ahli Women's Aid Organization di Malaysia sejak tahun 1984 dan kini menjadi Pengerusinya. Beliau juga merupakan Penasihat Jawatankuasa Advokasi Dasar Suruhanjaya Kebangsaan Organisasi Wanita.
Zainah Anwar bersama-sama mengasaskan dua kumpulan wanita yang hebat yang melibatkan agama Islam dari perspektif hak untuk menggalakkan hak wanita yang hidup dalam konteks Muslim.
Beliau adalah pengasas bersama Sisters in Islam (SIS) di Malaysia dan memimpinnya dari 1999-2008. Beliau baru-baru ini mengundurkan diri sebagai Pengarah Eksekutif Musawah, satu gerakan global untuk kesamarataan dan keadilan dalam keluarga Muslim, yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada tahun 2009.
Musawah bergiat dalam bidang pembangunan pengetahuan, pembangunan kapasiti dan advokasi antarabangsa untuk membangunkan pengetahuan dan sokongan untuk kemungkinan dan keperluan reformasi ke arah kesamarataan dan keadilan bagi wanita yang hidup dalam konteks Muslim dan untuk mencabar cara kerajaan dan pelaku bukan negara menggunakan Islam untuk membenarkan diskriminasi terhadap wanita dan menentang tuntutan pembaharuan undang-undang.
Beliau telah menerima beberapa penghargaan, termasuk Anugerah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia 2019 kerana memajukan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Asasi, penghargaan Harvard Law School 2018 sebagai salah satu daripada 25 "Wanita yang Menginspirasi Perubahan" di dunia dalam bidang undang-undang dan dasar. Beliau dinobatkan oleh Newsweek dan The Daily Beast sebagai salah satu daripada 150 wanita "yang menggegarkan dunia", oleh Women Deliver sebagai salah satu daripada 100 orang yang paling memberi inspirasi dalam memperjuangkan hak wanita dan gadis, dan diakui oleh Muzium Antarabangsa Wanita atas talian sebagai salah satu daripada 10 wanita Muslim terkemuka di peringkat global.
Pada tahun 1993, beliau menubuhkan International Women’s Rights Action Watch Asia Pacific, (IWRAW Asia Pacific) sebuah NGO antarabangsa, yang berpusat di Malaysia yang memantau dan memfasilitasi pelaksanaan Konvensyen PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) di seluruh dunia. Kini dia adalah pengarah pengasas IWRAW Asia Pasifik.
Mary Shanthi dilantik sebagai anggota Jawatankuasa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) dari tahun 2005-2008.
Pada tahun 2010 beliau dilantik oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk Panel Penyiasatan bagi menyiasat serangan Israel terhadap armada yang membawa barang kemanusiaan ke Gaza.
Mary Shanthi juga pernah berkhidmat sebagai pakar hak wanita dan CEDAW, dan memberikan perkhidmatan teknikal kepada beberapa agensi PBB dan kerajaan di seluruh Asia Pasifik dan Amerika Latin.
Pada tahun 2012, beliau mengetuai Tribunal mengenai "Upah Hidup Minimum dan Keadaan Kerja yang Memuaskan sebagai Hak Asasi Manusia" yang merujuk kepada industri pakaian di Sri Lanka. Beliau telah menjadi ahli Women's Aid Organization di Malaysia sejak tahun 1984 dan kini menjadi Pengerusinya. Beliau juga merupakan Penasihat Jawatankuasa Advokasi Dasar Suruhanjaya Kebangsaan Organisasi Wanita.
Aktivisme belia Nadia Malyanah bermula dengan Perubahan Kecil Malaysia pada tahun 2016 semasa pengajian sarjana linguistiknya di Scotland. Beliau kini bekerja sebagai ahli sekutu program di UNDI18 di samping mengambil peluang menulis bebas sesekali selepas waktu bekerja. Beliau juga menjadi pelapor untuk pelbagai acara organisasi masyarakat sivil serantau dan Malaysia sejak tahun 2019, mentranskripsi dan melaporkan acara, perbincangan meja bulat, dan mesyuarat, sambil mengadvokasikan penyertaan & perwakilan politik yang lebih tinggi untuk wanita Malaysia dengan Inisiatif 111.
Sebagai anak kelahiran Sarawak, Nadia kini membantu dalam pengurusan harian kempen Undi Sarawak & Undi Sabah. Beliau memfokuskan terutamanya pada pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian kandungan, projek, dan strategi keterlibatan. Dia juga bertindak sebagai ketua penyelidik untuk Undi Sarawak, setelah mengkaji dan menulis video pendidikan pengundi UNDI18. Bidang minat Nadia merangkumi pendidikan pengundi, penyertaan politik wanita, hak kanak-kanak & wanita, sejarah politik Sarawak dan sosiolinguistik.
Kami percaya pada pendekatan holistik untuk memperkasa wanita. Berehat sebentar, segarkan diri dan kembali bertenaga dengan kami. Festival seni feminis ini akan membayangkan semula advokasi dengan kreativiti, semangat dan secara inklusif.
Selama 90 minit, bakat-bakat tempatan akan membawakan anda suatu pengalaman baru melalui muzik, puisi dan dialog kreatif. Acara seni sosial untuk perubahan ini diatur oleh Skin & Soul Art.
Organisasi JAG berikut mengalu-alukan sukarelawan. Terokai laman web di bawah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan sumber mengenai isu-isu yang menjejaskan wanita.
Apakah itu Tribunal Wanita?
Tribunal Wanita adalah suatu tribunal rakyat, yang mewujudkan ruang untuk mendengar testimoni berkenaan ketidakadilan yang dialami oleh wanita. Ia boleh wujud dalam pelbagai bentuk, dari perbicaraan kuasi-kehakiman ataupun sesi perkongsian tidak formal.
Mengapakah Tribunal Wanita Malaysia 2021 diadakan sekarang?
26 tahun yang lalu kerajaan Malaysia membuat komitmen yang mengikat secara sah untuk melindungi, memenuhi dan menghormati hak asasi wanita ketika ia meratifikasi Konvensyen PBB tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pada tahun 1995 berikutan Persidangan Dunia ke-4 Wanita. Walau bagaimanapun, setelah hampir 3 dekad kemudian, komitmen ke arah kesamarataan gender kekal di atas kertas sahaja dan masih belum dapat dicapai. Masalah yang dihadapi oleh wanita sebelum tahun 1995 masih relevan seperti sekarang.
Oleh itu, Tribunal Wanita berfungsi sebagai mekanisme pertanggungjawaban awam untuk menilai kepatuhan Malaysia terhadap obligasi negara dan komitmen yang dibuat menurut perjanjian hak asasi manusia antarabangsa; dan sejauh mana kita maju, atau mundur, dalam memenuhi janji untuk hak wanita.
Pematuhan Malaysia, bukan sahaja terhadap CEDAW, tetapi juga perjanjian hak asasi manusia seperti CRPD, CRC, BPfA, ICPD, SDG 2030 dan pelbagai konvensyen ILO, akan dinilai dengan memeriksa pelaksanaan dan penggubalan undang-undang dan dasar-dasar yang dijanjikan semasa meratifikasi perjanjian-perjanjian tersebut. Menilai penguatkuasaan perubahan dasar-dasar yang dijanjikan sangat penting, kerana ia menunjukkan jurang dalam pelaksanaan; di mana wanita terjejas kerananya, dan yang membentuk cabaran yang mereka hadapi.
Tribunal Wanita ini memberi wanita Malaysia satu peluang untuk berinteraksi dengan sistem badan perjanjian antarabangsa dan mengukur kesan langsungnya terhadap tuntutan mereka untuk mendapatkan hak yang sama. Ia berfungsi sebagai peluang bagi wanita Malaysia untuk terlibat dengan perjanjian hak asasi manusia, seperti CEDAW, dan memahami bagaimana mereka menetapkan asas kepada advokasi feminis di Malaysia.
Pokoknya, Tribunal ini bertujuan untuk menjadikan perjanjian hak asasi manusia sebagai isu tempatan, setelah sekian lama kelihatan seolah-olah begitu jauh bagi rata-rata rakyat Malaysia, dan menunjukkan kekuatannya dalam bukan sahaja meminta negara bertanggungjawab atas kekurangannya tetapi juga sebagai mekanisme untuk menuntut hak-hak kita direalisasikan.
Apakah objektif-objektif suatu Tribunal Wanita?
Tribunal Wanita merupakan suatu mekanisme yang boleh digunakan untuk meningkatkan sokongan bagi hak wanita dan kesamarataan gender dan memastikan isu-isu ini sentiasa diberi pendedahan. Objektif Tribunal Wanita adalah untuk:
Siapakah penganjur Tribunal Wanita Malaysia 2021?
Tribunal Wanita Malaysia dianjurkan oleh organisasi hak wanita yang menganggotai Joint Action Group for Gender Equality (JAG). Daripada 14 organisasi dalam JAG, 13 adalah diwakili dalam Jawatankuasa Pemandu. Jawantankuasa Pemandu turut disertai oleh ENGENDER Consultancy.
Bilakah Tribunal Wanita Malaysia 2021 akan diadakan?
Tribunal Wanita Malaysia 2021 akan berlangsung atas talian dari 27 hingga 28 November 2021.
Apakah format Tribunal Wanita Malaysia?
Tribunal Wanita Malaysia 2021 akan mendengar testimoni daripada wanita selama dua hari berkenaan pelbagai bentuk diskriminasi yang dialami seperti keganasan terhadap wanita dan ketidaksamaan dalam perkahwinan. Setiap isu akan dibangkitkan melalui testimoni langsung daripada wanita/wanita-wanita mengenai bagaimana mereka terkesan. Setiap testimoni akan diikuti dengan satu pembentangan oleh seorang penganjur/advokat yang akan memberikan konteks isu yang dibangkitkan. Konteks tersebut akan merangkumi perkara-perkara seperti obligasi antarabangsa negara, struktur undang-undang dan dasar isu politik dan budaya.
Bagaimanakah para hakim dipilih dan apakah peranan mereka?
Satu panel tiga hakim dipilih oleh Jawatankuasa Pemandu. Setiap hakim dipilih atas dasar memenuhi beberapa syarat yang telah ditentukan seperti mempunyai pengalaman dalam hak asasi manusia, memahami obligasi antarabangsa negara, dan mampu mengaitkan isu yang dibangkitkan dengan isu-isu di peringkat akar umbi. Jawatankuasa Pemandu juga telah berusaha untuk memastikan kepelbagaian dan perwakilan di kalangan para hakim.
Setelah mendengar testimoni langsung, para hakim akan mempertimbangkannya dan menyediakan dapatan dan rekomendasi bertulis berkenaan prestasi negara dan obligasinya dibawah CEDAW dan lain-lain standard hak asasi manusia antarabangsa.
Para hakim juga akan memberi cadangan tindakan yang boleh diambil dan perkara yang boleh dilakukan berhubung dengan isu-isu yang dibangkitkan untuk mencapai kesamarataan gender dan akses kepada keadilan bagi wanita.
Adakah Tribunal Wanita ini mempunyai Kuasa Undang-Undang?
Walaupun Tribunal Wanita Malaysia 2021 bukan suatu badan rasmi, dan juga tidak melalui proses kehakiman yang formal, kami percaya bahawa ia akan memiliki kewibawaan moral yang terdiri dari satu panel hakim terkemuka yang pakar dalam hak asasi manusia dan kesamarataan gender.
Siapakah yang boleh menghadiri Tribunal Wanita Malaysia 2021?
Masyarakat awam dijemput untuk menyaksikan prosiding tersebut. Organisasi hak wanita dari negara-negara Asia Pasifik juga dijemput turut serta. Pihak penganjur juga akan menjemput wakil-wakil dari kerajaan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan satu wakil jawatankuasa CEDAW untuk menghadiri dan memberikan respons kepada testimoni dan pembentangan yang diberikan. Kehadiran adalah secara atas talian.
Pernahkah tribunal seperti ini diadakan sebelum ini? (Dan apakah hasil daripada tribunal-tribunal tersebut?)
Di Malaysia, kita tidak pernah menganjurkan satu Tribunal Wanita sebelum ini tetapi pada tahun 2014, BERSIH 2.0 ada menganjurkan satu Tribunal Rakyat berkenaan Pilihanraya Umum Ke-13 Malaysia. Pada peringkat global, Tribunal Wanita pernah diadakan di beberapa negara seperti Jepun, Nairobi dan Vienna. Lihat peta global di laman web Tribunal Wanita kami.
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak penganjur untuk memastikan keselamatan dan kehormatan saksi-saksi dijaga?
Kami telah menugaskan satu NGO dan satu kaunselor yang akan bersama dengan saksi untuk memastikan mereka berasa selesa untuk berkongsi pengalaman mereka dalam perkataan mereka sendiri dan tanpa sebarang tekanan. Jika mana-mana saksi tidak ingin dinamakan, beliau mempunyai hak untuk berbuat begitu, dan boleh memilih untuk memberi testimoninya dalam bentuk rakaman suara.
Apakah itu CEDAW and hubungannya dengan perjanjian UN lain yang diratifikasi oleh Malaysia?
Pada tahun 1995 Malaysia meratifikasi Konvensyen Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), satu perakuan hak antarabangsa bagi wanita. Kerajaan, oleh itu, telah berjanji untuk menghormati, menjaga, menggalakkan dan memenuhi hak wanita. Selain CEDAW, Kerajaan Malaysia juga telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) yang kedua-duanya mengandungi peruntukan untuk melindungi kanak-kanak perempuan dan wanita.
Malaysia juga telah meratifikasi beberapa Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang mengandungi hak pekerja wanita.
Selain daripada konvensyen-konvensyen tersebut, kerajaan Malaysia juga membuat satu perjanjian politik global melalui Platform Tindakan Beijing dan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals).
Ini bermakna kita boleh menuntut kerajaan bertanggungjawab melalui perjanjian-perjanjian antarabangsa yang mengikat ini, termasuk perjanjian politik untuk mendapatkan kesamarataan gender. Lebih penting adalah Kerajaan Malaysia telah berjanji bukan sahaja kepada komuniti antarabangsa, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa ia akan memenuhi obligasinya dalam tidak mengamalkan diskriminasi dan menegakkan kesamarataan gender.
Apakah impak perjanjian-perjanjian global ini terhadap undang-undang Malaysia?
Dengan menjadi pihak kepada CEDAW dan mana-mana perjanjian yang mempunyai peruntukan kesamarataan gender, sesebuah negara diwajibkan untuk mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dan menggalakkan kesamarataan gender.
Salah satu kejayaan besar pembaharuan undang-undang adalah pindaan kepada peruntukan kesamarataan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pada September 2001 perkataan “gender” telah dimasukkan dalam Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan sebagai salah satu dasar diskriminasi yang tidak dibenarkan.
Namun, definisi diskriminasi tidak dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan, dan kerajaan masih belum menggabungkan konvensyen CEDAW ke dalam undang-undang negara. Tidak terdapat sebarang undang-undang kesamarataan gender yang membolehkan kewujudan kesamarataan gender yang substantif dan menyeluruh bagi wanita dan lelaki dalam sektor awam mahupun swasta. Ini bukan seperti kedudukan kanak-kanak, kerana kerajaan telah memperkenalkan Akta Kanak-Kanak 2001 selepas Malaysia memperakui Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
Namun begitu, kerajaan mengambil bahagian dalam mekanisme pelaporan perjanjian dan telah menerima beberapa saranan daripada badan perjanjian, Beberapa daripada saranan tersebut telah digunapakai dalam pembaharuan undang-undang. Tambahan juga, organisasi wanita sentiasa mengingatkan kerajaan untuk mengikuti standard yang digariskan dalam perjanjian-perjanjian tersebut; dan obligasi moral untuk memenuhi perjanjian politik yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia.
Apakah hasil yang diharapkan daripada Tribunal Wanita Malaysia ini?
Apakah itu Pesta Kebahagiaan Dirimu?
Pada hari ketiga Tribunal Wanita Malaysia 2021, iaitu selepas dua hari testimoni saksi, satu pesta seni atas talian akan diadakan bagi menyambung advokasi kita untuk keadilan gender melalui persembahan, bacaan puisi, lagu dan tarian. Semua orang dijemput untuk menonton dan mengambil bahagian dalam pesta seni atas talian ini yang pasti akan membuat anda bertenaga dan berkuasa. Mari kita amalkan penjagaan diri dan meraikan wanita melalui seni.
Apakah prinsip kerja Jawatankuasa Pemandu?
Dasar Anti-Buli & Dasar Anti-Gangguan Seksual
Tribunal Wanita ini (TW) bekerja dengan satu pasukan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 50 orang. Ini termasuklah rakan kongsi NGO, Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Kecil, saksi, advokat, sukarelawan, hakim, pasukan teknikal dan tiga kakitangan sepenuh masa.
Tujuan dasar ini adalah untuk menyampaikan kepada semua ahli pasukan TW bahawa Jawatankuasa Pemandu (JP) TW tidak akan dalam apa jua keadaan sekalipun bertolak ansur dengan tindakan membuli dalam apa jua bentuk. JP ini selanjutnya juga komited untuk menyediakan persekitaran selamat yang bebas daripada gangguan, termasuk gangguan seksual.
Definisi buli
Kami mentakrifkan buli sebagai penganiayaan berulang yang membahayakan kesihatan
terhadap satu atau lebih orang oleh seorang atau lebih pelaku. Ia adalah kelakuan mendera
yang termasuk:
Definisi gangguan seksual
Gangguan seksual adalah kelakuan seksual yang tidak diingini yang menyebabkan seseorang berasa tersinggung, terhina dan/atau takut. Ia termasuk situasi di mana seseorang itu diminta untuk melakukan aktiviti seksual sebagai syarat bagi mengekalkan pekerjaannya, dan juga situasi yang mewujudkan persekitaran yang tidak menyenangkan, menakutkan atau memalukan bagi penerima gangguan tersebut. Gangguan seksual boleh melibatkan satu atau lebih daripada satu kejadian dan tindakan yang dikira sebagai gangguan boleh mengambil bentuk fizikal, lisan dan bukan lisan.
Cara membuat Aduan
Mana-mana pihak yang ingin membuat sebarang aduan boleh menulis kepada: WomensTribunalComplaints@gmail.com
Ivy Nallammah Josiah
Meera Samanther
Wathshlah G. Naidu
Pravind Premnath
Sheelaa Ragavan
Melora Binti Shahabudin
Ivy N. Josiah
Meera Samanther
Wathshlah G. Naidu
Rusni Tajari
Thilaga
Angela M. Kuga Thas
Serene Lim
Nisha Sabanayagam
Betty Yeoh
Santhi Latha
Sheena Gurbakhash
Grazele Jenarun
Abinaya Dhivya Mohan
Bina Ramanand
Karen Lai Yu Lee
Sulastri Ariffin
Natasha Dandavati
Mary Anne Joseph
Irene Xavier
Glorene Das
Tan Chia Ee
Shareena Sheriff
Eleena Hidayah
Kanimoli Balakrishnan
Omna Sreeni-Ong
Lisa Fernandes
Meera Samanther
Wathshlah G. Naidu
Betty Yeoh
Tan Chia Ee
Thilaga
Abinaya Dhivya Mohan
Natasha Dandavati
Irene Xavier
Serene Lim
Shareena Sheriff
Sheelaa Raghavan
Lisa Fernandes
Omna-Sreeni Ong
Betty Yeoh
Amy Bala
Ivy N. Josiah
Pravind Premnath
Sheena Gurbakhash
Abinaya Dhivya Mohan
Suriani Kempe
Lily Jamaludin
Rusni Tajari
Ding Jo-Ann
Ivy N. Josiah
Pravind Premnath
Abinaya Dhivya Mohan
Lily Jamaludin
Maha Balakrishnan
Chin Oy Sim
Tan Beng Hui
Dr Yolanda Augustin
Kanimoli Balakrishnan
Kee Hui Yee
Nannerinanggai Vengadasalam
Larissa Ann Louis
Nur Kamilia Binti Rozlan
Wathshlah G. Naidu
New Sin Yew
Kee Hui Yee
Sheelaa Ragavan
Betty Yeoh
Thilaga
Serene Lim
Angela M. Kuga Thas
Tan Chia Ee
Rupa Subramaniam (Pengarah Pesta)
Angela M. Kuga Thas
Ivy N. Josiah
Khairunnisa Mohd Rawi
Jane Law Lee Bin
Catherhea Potjanaporn
Lee Ren Xin
Ivy N. Josiah
Wathshlah G. Naidu
Angela M. Kuga Thas
Meera Samanther
Nisha Sabanayagam
Sarinah Mat Salleh
Sean Ho (Pereka Laman Web)
Merissa Victor & SHAF (Video & Grafik Rasmi Tribunal Wanita Malaysia)
Shika (Logo & Grafik Rasmi Tribunal Wanita Malaysia)
Mathubalan Gunasogaran (Jurugambar Video)
Setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyokong serta rakan-rakan kerjasama kami